Wednesday, October 10, 2012

STRINGER TV AL HIJRAH


Salam. Seawal bulan Ogos yang lalu, pihak kami dengan secara rasminya telah dilantik oleh Stesen TV Al Hijrah yang beribu pejabat di Kuala Lumpur untuk menjadi wakil tunggal TV Al Hijrah di negeri Sabah. Walaupun pihak kami menjalankan kerja-kerja liputan berita untuk Berita TV AlHijrah, kami masih menjalankan kerja-kerja penggambaran terutama sekali penerbitan video korporat dan lain-lain.

Sebagai makluman, sekiranya pihak tuan mempunyai isu-isu yang boleh diketengahkan untuk tontonan umum, pihak kami amat mengalu-alukan. Maklumbalas tuan boleh mengemailkan terus ke tvahsabah@yahoo.com atau fax:088 716659.

Salam Hormat.